<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/3865148100561014935?origin\x3dhttp://farhanah1n1.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Farhanah's Blog
Writer



this blog is used for malay and only malay subjects read it and weep it!



Wants in life
  • too achieve

  • to have a wonderful childhood memory

  • get crazy

  • Lasting friendship

  • to have world peace



  • chatbox




    My playlist


    MusicPlaylist
    Music Playlist at MixPod.com

    Memories

    March 2010
    July 2010

    Friday, July 30, 2010 - 8:37 AM
    Sejarah Leftenan Adnan

    Leftenan Adnan Bin Saidi


    Leftenan Adnan Bin Saidi dilahirkan di Kampung Sungei Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Dia merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dua dari enam adik-beradiknya, Ahmad dan Amarullah, juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh selepas dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939. Kapal mereka ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia. Adiknya yang termuda, Amarullah terselamat dari peperangan dan menetap di Kajang, Selangor.


    Dia menerima pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam penganjiannya. Selepas dilantik sebagai guru pelatih selama lebih satu tahun, dia mengambil keputusan untuk memasuki tentera.

    Ketika dia berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki Rejimen Askar Melayu.Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik dan dilantik ke pangkat Sarjan pada tahun 1936 yang terpantas bagi seorang tentera muda.Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama kemudian, dia dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan dirinya sebagai leftenan muda, dia dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni 'C'.

    Sekembalinya dari london, dia telah berkahwin dengan seorang guru di kampungnya, Puan Sophia Pakih Muda dan mendapat dua anak lelaki, Mokhtar dan Zainuddin dan seorang perempuan yang meminggal sejurus selepas kejatuhan Singapura.

    Selepas itu, dia membawa keluarganya ke Singapura dan mereka tinggal di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Apabila berita tentang Perang Dunia II semakin hampir, dia menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anaknya yang ketiga dan ini merupakan kali terakhir mereka bersama.

    Dia telah dibunuh oleh askar-askar Jepun dan menyarah hidupnya untuk menyelamatkan Singapura. Jasanya yang baik itu akan kita ingati selama-lamanya.